About Me

My Photo
do everyone ever think, what is like to be myself. just damn fool person -someone-

Thursday, April 26, 2012

aku -i/r-

akur :

aku akui yang kau cukup akur dengan kehendak ku
kau selalu penuhi apa yang ku mahu kan
aku cuma cakap dan kau akur tentang itu
dan kadang kala itu membuatkan aku rasa muak yang
melampau !

di mana pendirian mu ?
rasa macam aku pengatur dan kau pengakurnya.
tapi lega bila semuanya jelas memang sebenarnya 
kau langusng tidak berpendirian tetap
cuma sekadar mencabar ego masing-masing
cukup untuk 19.03 ni

dan cukup untuk yang 16, 17, 18 dan 19.03
sia-sia hari ku
orang baru tidak perlu dengan kelahiran akan datang
semuanya dari dalam diri. 
jadi terpulang lah 





Wednesday, April 11, 2012

masa tetap berputar lah , biar kau membisu macam mana pun

keliru aku rasa tak perlu sebab memang terang-terang depan mata


kenapa kau makin kurus ? sebab dia makan hati!
: ya mungkin lah tu
sedap kah makan hati ?
: sedappp.. kau cuba lah...( looser )


biarlah telan saja hari-hari yang mendatang
bukannya kau tak biasa,  yang luar biasanya
kau masih boleh bertahan, berdiri dengan kaki sendiri
bukan kah itu lebih dari cukup ?


boleh tak jangan paksa diri lagi
macam kau tukar minuman milo ke horlicks
coklat ke susu 
sudah tentu rasanya pelik


kau patut duduk diam-diam
minum secawan teh panas
biar dapat sejukan hati mu yang cukup 
membara
tenang lah..
kacang kan ada.


bertahan lah, kau pasti boleh
itu bukan lagi suatu yang luar biasa
kau pasti boleh hadap punya
percaya lah , 


kenapa aku boleh percaya dengan kau
kau tak boleh percaya diri sendiri ?
bukan sebab aku sedang bermonolog dengan kau
tapi sebab kau sebahagian daripada aku
itu sebab aku yakin .



























Friday, April 6, 2012

Melawa di lawat

aku pernah punya impian untuk ada katil air macam snow white
aku banyak berangan selama 17 tahun yang lalu dan sekarang benda yang langsung aku tidak pernah berangan wujud nyata depan mata. 


pelik bila aku fikir balik, tapi itu lah jalan nya sekarang
jalan yang aku pilih untuk terus melangkah ke depan 
insyaalllah ...








berangan.. (  style en.rashid  )




ceritanya , 


kelas kami sudah buat perancangan untuk buat lawatan dari bulan januari lagi, tempat asal memamg sekitar KK tapi tukar tempat lawatan di sandakan. yang buruknya, 2 minggu sebelum tarikh lawatan untuk subjek ' electrical technology ' kami terpaksa tukar pensyarah   kononnya untuk bagi peluang pensyarah muda ajar kami, itu kononnya lah...
dan akhirnya pensyarah baru tu buat keputusan untuk tidak ke sandakan. 
(dengan alasan boleh lah juga untuk diterima)


kami teruskan juga lawatan elektrik tu sebab itu bersangkut paut dengan markah amali, biar pun sekitar KK dan tidak lah jauh mana pun.. -haha- mungkin ada baiknya juga 'tempat ni'  berada di dalam KKIP .






yang berkaca mata itu salah satu dari kami ( mesti lah ) dan satu-satu nya yang berbangsa cina, & yang baiknya dia tidak di buli. itu lagi lah harus kan satu malaysia- malaysia boleh !
pensyarah dan dua orang budak sarawak .








DTK 1A
orang di sana cakap, kami beruntung sebab sem 1 sudah buat lawatan ke 'power station' biasanya orang buat masa sem 5 begitu. untung lah sangat ini bukan lawatan kosong cuci-cuci mata, berama mesra dengan mesin-mesin , lepas lawatan ada laporan. dan itu markah.




Wednesday, March 21, 2012

malam bersama kamsis-

 kelas pagi petang malam ? bukan ....

cerita minggu lalu...


 

senang cerita semua orang di atas yang bertungkus lumus menghias dewan untuk majlis makan malam, ada banyak lagi di bawa pentas tu sedang angkat meja. haha

ini bukan lah majlis malam malam secara besar-besaran, cuma untuk memenuhi syarat sesebuah blok kediaman untuk membuat aktivi untuk penghuni blok dan cuma 3 blok kediaman  yang terlibat .


dari kiri : fatimah & ayo & rahma & bia & mai - ida

jiran sebelah menyebelah bilik. satu budak sarawak tercicir sebab dia yang ambik gambar ( kwn bilik atul )




dan...


bia mai ayo ida
lengkap !  dan tahniah mai sebab jadi  'quen to night ' 

poli memang bijak atur kawan sebilik:
rendah sama rendah tinggi sama tinggi
:))

Wednesday, March 7, 2012

terapi




cerita ini terlalu panjang untuk dipersoalkan, apa tah lagi untuk dibahas
senang cerita lebih baik tutup buku lama mula cerita baru .

persetankan hubungan lama, tutup rapat-rapat buang jauh-jauh
itu bukan kerja gila, tapi satu terapi untuk puaskan hati 




Monday, February 6, 2012

gangguan

 punya persoalan yang selalu aku mainkan macam kotak muzik yang rosak

- benda yang berasa di belakang yang akan mengejar, bukan yang di hadapan -

masa lalu sentiasa berada di belakang, sama ada aku benarkan dia untuk mengejar aku atau aku perlu berlari sekuat hati untuk meninggalkan masa lalu tanpa jejak.

masa hadapan sudah pasti berada di depan, aku yang perlu kejar benda tu, mana mungkin masa depan mengejar aku. gila ! 


Sunday, January 22, 2012

perubahan persekitaran. . .








kalau boleh aku mahu keluar dari kelompok2 kecik yang menyakitkan jiwa.




hari'' terpaksa berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan
mungkin mereka sudah berasa hebat, hebat sehingga semua orang patut tunduk






psychopatia........







sukar untuk aku ramal setiap apa yang meraka perbincangkan, memang sah'' fahaman aku dengan meraka itu jauh berbeza. terlalu banyak cakap sampai semua benda pun mahu digelakkan. rimas !